...
Zahra Humaira.
Seorang gadis kecil yang berumur lingkungan 20an. Dibesarkan oleh ibunya, Datin Khadijah yang merupakan seorang usahawan hartanah. Dengan gaya hidup yang sederhana walaupun memiliki latar belakang keluarga yang mewah, Zahra tidak seperti anak orang kaya yang lain. Hidupnya penuh dengan kesederhanaan, bahkan seringkali dia terlupa bahawa ibunya merupakan salah seorang daripada golongan terkaya di Malaysia.
Zahra mempunyai ayah, tetapi sudah sekian lama sejak dia bertemu dengan ayahnya. Kali terakhir mereka bertentang mata, pada malam ketika ayahnya memutuskan untuk meninggalkan ibu.
Sejak hari itu, Zahra tidak pernah mengenal apa ertinya memiliki seorang ayah.
Zahra tidak mudah percaya pada insan yang bernama lelaki, dek kerana ayahnya yang tidak bertanggungjawab meninggalkan ibu disaat mereka sekeluarga dilanda kesempitan hidup. Bagi Zahra, lelaki seperti ayahnya tidak patut wujud, kerana mereka hanya akan menyusahkan perempuan semata-mata!
Tetapi pandangan sebegitu tidak dilemparkan pada Walid, satu-satunya lelaki yang dipercayainya. Zahra amat menyayangi dan mengagumi Walid. Hampir separuh usia Zahra dihabiskan bersama Walid. Seringkali ibu ke luar negara atas urusan kerja, Walid lah yang menjaga Zahra.
Zahra memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa. Dia mempu menumpaskan sekumpulan lelaki tanpa memegang sebarang senjata yang berbahaya, dengan hanya berbekalkan tenaganya semata-mata. Itu semua atas jasa Walid. Setiap kali ibu menyerahkan Zahra kepada Walid, Walid akan melatih Zahra untuk menguasai seni mempertahankan diri. Pesan Walid, supaya Zahra sentiasa menggunakan kelebihan yang dia miliki untuk melindungi orang sekeliling yang ditindas.
Walid tahu benar tentang perihal Zahra. Dia sedar akan dendam yang terbuku didalam hati Zahra terhadap ayahnya itu. Walid juga tahu, Zahra bukan gadis yang terlalu bergantung pada lelaki untuk melindungi dirinya. Kerana itu, Walid memberikan semampunya kepada Zahra supaya andai suatu hari nanti Zahra ditimpa kesusahan, dia mampu untuk menghadapinya. Dan sudah tentu, atas bantuan Allah Yang Maha Esa juga.














